DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Apa dia pengajaran?
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan
guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan
teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid
supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
guru dan murid,
guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi
dan pelaziman,
melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau
symbol,
ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan
gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
meliputi rancangan mengajar (KOPI),
proses yang melibatkan interaksi dua hala,
ada unsur sains dan seni.
Apa dia pembelajaran?
Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The
Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology
for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku
kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai
potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran :
Satu proses yang berterusan,
Secara formal dan tak formal,
Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis&
mengira dsb.,
Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga,
media massa, persekitaran.
Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif,
sosial dan humanis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan