Kebaikan
1-Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan denganpengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.
2-penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
3-penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
4-penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran
Keburukan
1-membawa kepada gelaja tidak sihat jika tidak ada pemantaun dari segi penggunaan oleh pelajar
2-pergaulan bebas
Mawadahku
Sabtu, 5 Januari 2013
DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Apa dia pengajaran?
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan
guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan
teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid
supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
guru dan murid,
guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi
dan pelaziman,
melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau
symbol,
ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan
gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
meliputi rancangan mengajar (KOPI),
proses yang melibatkan interaksi dua hala,
ada unsur sains dan seni.
Apa dia pembelajaran?
Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The
Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology
for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku
kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai
potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran :
Satu proses yang berterusan,
Secara formal dan tak formal,
Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis&
mengira dsb.,
Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga,
media massa, persekitaran.
Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif,
sosial dan humanis.
Muqadimah
Assalamualikum ,alhamdulilah bersyukur terhadap ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih lagi merasa nikmat iman dan islam.Saya juga berteima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membantu dalam menyiapkan tugasan blogger ini.Dan tidak dilupakan kepada pensyarah saya n semua rakan-rakan seperjuangan.:)
Langgan:
Catatan (Atom)